Tuesday, March 1, 2011

Saya mahu ilmu penyusuan anak daripada blog sarakids.com

Tuesday, March 1, 2011
First time nak join GA contest ni..tuptup terus try big prize..mane tau ade rezeki baby pertama dlm perut ni..ye la, anak-anak skang kan dah jadi baby IT..

Kenapa saya pilih tajuk di atas?? Ala-ala biase je bunyi je kan..

Skang ni saya tgh menghitung hari sahaja..berdebar2 tunggu si kecik ni kua daripada alam perut sy ke alam dunia..Saya ngan suami mmg berniat untuk bagi susu cap gantung pada baby kami sbb masa kecik2 kami pun minum susu ibu kami juga..Tapi yg saya perasan dalam tempoh sy membesar sampai la saya berkahwin, penyusuan susu formula kepada anak2 seolah2 menjadi satu perkara biasa..pelik bin ajaib..

Macam-macam alasan yang sy dengar :
1. Susu ibu tak cukup la..
2. Susu tak nak keluar la..
3. Malu la nak susukan anak di khalayak ramai..
4. Keje gaji besar.Takkan la takde duit nak beli susu anak..

Bila saya sendiri dah berkahwin dan mengandung, azam untuk susukan anak sendiri makin kuat..tambahan sy rase generasi muda skang sudah terbuka fikiran dan adalah satu perkara yang membanggakan bila berjaya menyusukan anak sendiri..

Yang paling penting, saya perlu siapkan diri dengan ilmu penyusuan anak..ada antara makcik2 saya tidak berjaya susukan anak mereka selepas kembali bekerja..mungkin tak boleh salahkan mereka sbb zaman tu orang masih tak tau macam nak sediakan EBM( Expressed Breast Milk)..saya suka pergi ke blog sarakids.com sbb banyak ilmu yg saya dapat terutama tentang penyimpanan EBM dan cara untuk kendalikan susu ibu..cuma sampai skang tak sampai lagi hajat nak ikut breastfeeding class kat sarakids.com..kalo saya tak meletup lagi dalam tempoh dua minggu ni, berhajat nak jenguk kedai sarakids kat TTDI Jaya tu..

Saya paling tidak boleh lupa kata-kata daripada Pn Jasmin masa saya hadiri antenatal class kat DEMC...

" baliklah pada fitrah..ibu kambing susukan anak kambing, ibu lembu susukan anak lembu.Jadinya MANUSIA KENALAH SUSUKAN ANAK MANUSIA..takkan IBU LEMBU SUSUKAN ANAK MANUSIA"

Internet pun dah ade skang..tak susah untuk kita cari ilmu breastfeed ni..kalo dapat Ipad nanti lagi la senang sy nak surf blog sarakids.com..touch sana sini sahja..skang sakit mata tgk tru iphone..hehehe

Saya kena blajar banyak lagi sbb baru ambil ilmu sahja belum dipraktikkan..mungkin puan sarakids terkejut tetiba sy tepon sbb nak dapatkan petua2 sepatutnye...

Suami pun semangat dengar citer pasal penyusuan anak masa antenatal class..Dia cakap tak nak bagi susu formula sbb nanti anak jadi gemuk dan obesiti..

Kita pun sedia maklum kan yang susu ibu adalah yang terbaik di dunia, barulah diikuti dengan susu kambing..susu lembu tu tak silap no 4..hehehhe...

Ni dah melalut ke mana2 ntah...oklah..sbg penutup :

“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

4 comments:

Mona said...

As Salam

Harap2 selamat melahirkan baby sulung tu ye...
Boy ke girl?

tUtyRAhiZa said...

waalaikumsalam...

Aminn...so far insya Allah baby girl..tak tau la kalo baby nak main cak2 kan..

nur said...

semoga azam nak susukan tercapai.. mesti kuat semangat!!JOM KE: ALL IN ONE
good luck

tUtyRAhiZa said...

thanks nur..skang tgh semangat nak susukan amni..pastu dah nak kena mula wat stok ni..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...